Isnin, 29 Disember 2014
Kelemahan dan kelebihan adalah anugerah
kelemahan diri seseorang kadang kala menyumbang kepada kejayaan seseorang insan atau individu. Kelemahan yang terdapat pada seseorang membuatkan mereka sentiasa sedar dan merasa rendah diri. Dari sikap itulah mereka berusaha untuk bangkit dalam mencapai cita-cita dan mencapai kejayaan. Tetapi, segelintir manusia menganggap bahawa kelemahan yang terdapat pada indivisu atau mereka penyumbang kepada faktor kegagalan.... Ya, mungkin itu salah satu faktornya. Tetapi semua harus tahu bahawa setiap manusia yang diciptalan mempunyai dan memiliki kelemahan dan kelebihan masing-masing. Tiada yang sempurna dan jangan pernah dipertikaikan. Kadang kala kelebihan yang dimiliki itu juga adalah salah satu faktor keruntuhan,dan kejayaan seseorang.. Manusia kini menganggap kelebihan yang dimiliki adalah hebat.Mereka seakan berbangga dengan apa yang dimiliki sehingga mereka terlupa siapa diatas dan siapa dibawah..... Sebenarnya, kejaayaan dan kegagalan seseorang itu terletak pada usaha dan diri mereka sendiri. hanya mereka yang mampu ubah dan tahu akan kemampuan diri mereka sendiri. Ini tidak berniat untuk mengkritik sesiapa. tetapi ini untu mengingatkan diri sendiri. walaupun kita diatas, tetapi masih ada lagi yang diatas dan kehidupan ibarat roda. Adakalanya kita diatas dan adakalanya kita dibawah. Jadi, renung-renungkanlah.. Ambillah ikhtibar.....
Langgan:
Catatan (Atom)